“Tiada lagi pasangan comel, sedondon Hello Kitty…” Usahawan terkenal sah bercerai, dedh apa yang berlaku

DESAS-desus mengenai konflik rumah tangga usahawan kosmetik, Yus Aminah Mohd Zawizah, 34, akhirnya terjawab selepas pasangan itu sah bercerai talak satu, pada Rabu.

Suaminya, Mohd Afizi Mohd Nasir, 41, melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11.15 pagi.

Usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Kak Hello Kitty itu sebelum ini tular di media sosial kerana memakai baju raya bertemakan kartun popular itu setiap tahun sejak 2015.

Tidak menggayakan baju raya Hello Kitty sendirian, dia turut menyediakan baju tema sama untuk suami dan dua anaknya sekali gus akan tampil sedondon di pagi raya atau jemputan rumah terbuka.

“Ya, saya dan suami sah bercerai talak satu hari ini.

“Sedih dan terkilan sebab saya sedaya-upaya cuba untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Kami dah kenal lama 17 tahun, dah kahwin 10 tahun,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2014. Foto FAIHAN GHANI

Pada 15 April lalu, Yus Aminah atau lebih mesra disapa Afina memfailkan permohonan cerai secara taklik atas alasan tiada persefahaman.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *