“The Man I Prayed For” bangga bergelar Istri kedua? Alif Teega disifatkan sebagai lelaki idaman

Kecoh mengenai pempengaruh Alif Teega kahwini seorang lagi di media sosial, terbaru, tular dakwaan mengatakan Fatin Umaidah iaitu isteri keduanya menyifatkan influencer terbabit sebagai lelaki idaman.

 

Difahamkan, luahan tersebut di tulis dalam bio Instagram yang didakwa milik wanita terbabit.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut meluahkan rasa bangga dan syukur kerana dapat menjadi isteri kedua buat Alif selepas dua tahun menempuh segala cabaran hidup.

Kesahihan sama ada akaun Instagram berkenaan milik Fatin Umaidah yang sebenar belum diketahui lagi kerana timbul dakwaan mengatakan akaun tersebut memakai gambar orang lain tanpa izin.

Terdahulu, pempengaruh media sosial Alif Teega membuat pengakuan sudah berkahwin dua dengan seorang wanita pada 18 November lalu.

Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, berkata, dia membuat pengakuan itu bagi mengelakkan sebarang fitnah selain tidak mahu pernikahannya berkenaan menjadi buah mulut orang.

Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.

Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.

Sumber:  Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *