Hiburan

“Terima kasih hiburkan zaman kank-kank kami” Watak Dan Penampilan Terkini Fimie Don Jadi Bualan

Buat penonton drama, pastinya pelakon kanak-kanak juga antara yang menarik perhatian apabila banyak drama atau filem membabitkan pelakon kanak-kanak yang tidak dinafikan sangat berbakat.

Pelakon bernama Fimie Don juga antara anak seni yang sudah dikenali sejak dirinya masih kanak-kanak dimana dia sehingga kini masih bergelar pelakon.

Apa tidaknya, bakat Fimie Don sebagai pelakon yang diasah sejak kecil menjadikan dia antara pelakon kanak-kanak disukai ramai.

Pun begitu, Fimie Don nampaknya menjadi bualan hangat netizen menerusi aplikasi TikTok apabila dia memuat naik satu rakaman video kepada umum lalu viral dengan menjadi bualan netizen dan mendapat perhatian sehingga meraih lebih 670,000 tontonan dalam satu hari saja dikongsikan.

Walau bagaimanapun rakaman video dikongsikan Fimie Don yang berseloroh mengenai dompet, lebih mengundang dia menjadi bualan netizen akibat dirinya yang ada antaranya tidak menyangka dia kini semakin dewasa.

Dalam satu hari juga, video Fimie Don yang dimuat naik itu menerima lebih 80,000 tanda suka daripada netizen. Ini kerana, netizen mengimbas kembali lakonan Fimie Don dalam cerita kanak-kanak berjudul Hikayat Putera Shazlan dan filem muzikal fantasi, Magika sebagai Malik.

Di ruangan komen pula, rata-ratanya yang menonton turut tercuit hati dengan telatah Fimie Don dalam video tersebut disamping dihujani dengan ribuan reaksi ramai.

“Hikayat Putera…”

“Bang abang ingat lagi…”

 

 

“Aku kenal kau ni, kau yang…”

Sumber : HCL / malaysiatimes.news

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *