“Tarik diri jadi Duta produk, founder kecantikan nak sman Ruhainies” founder tak puas hati dedh ape yang berlaku!

Pemilik produk kecantikan Aurebella Beauty, Mohamad Aiman Hakim Nur Hashim memaklumkan bahawa mereka bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Ruhainies.

Difahamkan, Ruhainies telah menarik diri dari menjadi produk Aurebella Beauty iaitu Mixberries Royal Women selain telah melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.

Ujar Aiman, Ruhainies gagal menjalankan tugasnya sebagai duta produk sehingga mendatangkan kerugian yang sangat besar terhadap syarikatnya.

Secara kasarnya kami tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta. Banyak perkara yang tidak dilakukan namun pihak kami masih belum boleh mendedahkannya.

Dakwanya lagi, dia telah mengalami kemurungan yang sangat teruk akibat isu tersebut dan telah merendahkan kredibiliti serta ia seolah-olah satu penghinaan yang jelas buat mereka.

Aiman juga memberitahu bahawa pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut dua perkara daripada aktres itu.

Kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut dua perkara. Pertama iala Ruhainies perlu menanggung semua kerugian yang syarikat kami alami dan dia juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *