“Tak semua benda kena kongsi seantero Malaya” bawak bertenang. lagi banyak salah faham nanti – Norman Hakim

Di beberapa podcast baru-baru ini, Abby Abadi mendedahkan mengenai isu kontroversi yang berlaku ke atas anaknya Marissa Dania. Bagaimanapun, dia berasa kecewa apabila perkongsiannya itu telah diputar belit oleh beberapa pihak.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Abby meluahkan rasa dengan situasi yang berlaku. Dalam hantaran berkenaan juga, dia berkongsikan mengenai keadaan anaknya Marissa dan tindakan yang dibuat oleh bekas suaminya, Norman Hakim.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan seolah tidak disenangi oleh Norman. Diruangan komen, Norman meminta Abby supaya tidak terbuka untuk berkongsikan kisah anak mereka.

“Istighfar bok (Abby). Bawa bertenang. Lagi banyak menulis, lagi banyak salah faham nanti.

“Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Sudah habis sini, iftar sesama nanti sambung sembang masa iftar.

“Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya,” tulis Norman.

Abby balas komen Norman

Tidak berdiam diri, Abby sebaliknya menegaskan kepada Norman isu tersebut bukannya isu kecil. Jelas Abby, baginya tindakan Norman sangat mengecewakan.

“Selagi tak selesai, selagi tu orang akan bercerita. Antara kita, memang ini yang berlaku pun. Ada lagi yang saya tak tulis. Awak sangat mengecewakan!

“Saya penat lama menyimpan. Kesian anak-anak saya, dari kecik awak buat sesuka hati awak. Jadi tak perlu berbaik pun tak apa.

“Selesaikan apa yang patut je, yang dah bertangguh sekian lama. Kalau tak sedia, menjawab je depan Allah nanti,” tulis Abby.

Sumber : thereporter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *