“Tak perlu rasa simpati pada saya..” hidup lebih tenang, Hafidz Roshdi tak segan lakukan pekerjaan ini

Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi tak malu mengakui dirinya yang mencari sumber rezeki dengan menjadi penghantar barang dan tak menganggap ia akan menjatuhkan martabatnya sebagai seorang artis.

Tak memilih kerja

Menurut aktor ini, selagi pekerjaan tersebut halal dan dapat memperoleh rezeki, dia tidak malu untuk bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier meskipun pendapatan itu tidak selumayan dulu.

Tambah Hafidz, dia masih mendapat tawaran kerja sebagai pelakon namun dia belum bersedia menerima pekerjaan tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Saya tak memilih asalkan rezeki halal, tak ada apa yang nak dimalukan daripada tak buat apa-apa langsung.

Saya rasa seperti budak baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang nak mulakan hidup.

Naik turun kehidupan

Selain itu, pelakon ini juga tidak ambil pusing sekiranya ada yang berkata apa yang berlaku ini merupakah kifarah untuknya. Kata Hafidz, dia tidak rasa tertekan malah gembira dengan pekerjaan barunya yang kurang tekanan berbanding lakonan.

Biasalah turun naik hidup, saya gembira dan tiada rasa tertekan. Tak perlu rasa simpati pada saya kerana saya okay sahaja. Alhamdulillah, isteri juga sangat menyokong.

Isteri kenal saya sejak dulu sebelum saya ada apa-apa. Dia tak kisah mengenai kerjaya saya asalkan halal.

Namun begitu, aktor ini berharap agar orang ramai tidak perlekehkan pekerjaan dirinya sekarang dan menyokongnya dalam mencari rezeki.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *