“Suka hati lah! dah tua cakap lebih pun tak guna” Fathia Latiff kembali freehair? Siap tayang foto bertatu dan berambut tomboy

Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi foto miliknya di Instagram pada Jumaat.

Menerusi perkongsian tersebut, Fathia kelihatan memuat naik fotonya tanpa memakai hijab ataupun hoodie seperti kebiasaannya dan bertatu.

Malah, dia juga dilihat senang dengan perkongsian tersebut apabila tampil membuat kapsyen ‘I am back’ beserta tanda pagar ‘to be provided’.

Namun, ramai yang mendakwa bahawa foto tersebut sebenarnya telahpun di sunting oleh aktres berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan respons terhadap hantaran tersebut, bahkan ada yang sudah mula ‘muak’ dengan perkongsian yang dibuat Fathia.

Tidak habis disitu, Fathia juga turut dikecam apabila memuat naik hantaran berlainan yang memaparkan seorang lelaki bertutur dalam bahasa Sepanyol bertanyakan kepada Fathia bahawa adakah dia mahu membeli barang tersebut,

namun jawapan balas yang diberikan aktres itu terhadap pertanyaan lelaki tersebut didakwa tidak tepat apabila dia hanya membalas ‘comoesta’ yang bermaksud apa khabar.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *