“Sudah rezeki bersuami muda” Ini respon padu Jasmin Hamid bila ada yang kata, buat ramai bukak mata

ENAM bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa tersinggung apabila terdapat segelintir netizen yang masih melemparkan kata-kata hinaan terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahim.

Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, mengakui kata-kata yang menyamakan dia dan suami seperti ibu dan anak sedikit sebanyak melukakan hatinya.

“Tolonglah jaga adab, ini suami bukan anak saya! Rezeki saya bersuamikan lelaki muda.

Yang lebih dahsyat orang kata saya lupa diri dah tua tapi taste pada orang muda, kata-kata itu menyinggung perasaan saya dan suami

“Saya terkilan ada beberapa komen netizen yang kata kami macam ibu dan anak sehingga ada yang kata tidak sesuai kerana nampak muda sangat.

“Ada juga yang ingat suami saya mata duitan yang hanya mahukan duit saya.

“Yang lebih dahsyat orang kata saya lupa diri dah tua tapi taste pada orang muda, kata-kata itu menyinggung perasaan saya dan suami,” katanya ketika dihubungi oleh mStar.

Untuk rekod, Jasmin berkahwin dengan pengurusnya Nazmir Abd Rahman, 36, pada November lalu

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *