“Suami cadangkan saya untuk masuk kelas nyanyian sebanyak mungkin” – Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali memaklumkan dia menerima sokongan penuh daripada suami tersayang, Nik Iruwan berkenaan kerjayanya dalam industri hiburan.

Malah, ujar Nabila, Nik turut memintanya untuk memasuki kelas nyanyian bagi memperbaiki bakatnya itu.

Dia (suami) selalu cakap, jika awak mahu menjadi seorang penyanyi yang bagus, kena perbaiki diri sendiri.

Dia juga ada cakap supaya saya pergi kelas nyanyian sebanyak yang mungkin dan sentiasa bekerja keras. Itu yang dia tekankan.

Tambah Nabila, dia masih menerima kecaman sesetengah individu berkenaan mutu nyanyian namun segalanya kini sudah boleh diluahkan kepada suami tersayang.

Saya bersyukur sangat dapat seorang suami yang sangat memahami dengan kerjaya, masa dan juga cara saya bekerja. Saya tidak mahu jadikan status ini sebagai satu alasan untuk tidak bekerja atau kurangkan pekerjaan.

Rezeki ini datang dengan pelbagai cara, mungkin kurang berlakon tapi banyak menyanyi dan juga sebaliknya.

Sekadar info, Nabila telah pun sah bergelar isteri kepada seorang usahawan bernama Nik Iruwan Nik Izani dengan sekali lafaz pada 18 November lalu.

Majlis perkahwinan mereka berdua diadakan secara tertutup di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *