Semasa

“Siti Sarah dah ditidurkan..” InsyaAIIah, AIIah Akan Mendengar Rintihan Dan Permintaan Kita

“Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Menurut Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

“Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.

“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya.

Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

Assalammualaikum Salam Jumaat semua,Pg td isteri sy telah dimasukkan ke ICU di sebabkan 0ksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.SY MOHON DIHARI BAIK,HARI

JUMAAT,DOAKAN SARAH DAN ANAK DLM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA,AMIN

Sementara itu, suaminya pelawak Shuib Sepahtu memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan istri serta ank dalam kandungan.

“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan istri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”, tulisnya.

Shuib turut berkongsi video menunjukkan Sarah sedang mencium ank-ank sebelum dibawa ke h0spital.

Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan p0sitif C0VID.

Menerusi hantaran di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati p0sitif viru.s berkenaan, Ahad lalu.

“Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif C0VID. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada.

“Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini.

“Kami serahkan semuanya kepada Allah,” tulisnya.

“Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah.

“Doakan kami segera sembuh,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG.

“Untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman IG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber : hm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *