Penyanyi Siti Nordiana enggan mengulas lanjut mengenai kemelut antaranya dan beberapa individu lain termasuk Lan Solo dan Syura Badron.
Kata Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia kini sedang dalam proses perbincangan bersama peguamnya.
“Maaf, sebenarnya saya tak boleh komen mengenai perkara ini sebab saya masih dalam perbincangan dengan peguam,” ulasnya ringkas.
Malam tadi, kecoh apabila Lan Solo bersama isterinya, Nur Sheila Hassim tampil membuat pendedahan mengenai sikap sebenar seorang penyanyi wanita yang difahamkan ditujukan kepada Nana.
Sesi siaran langsung Instagram sekitar pukul 12 tengah malam itu turut disertai penyanyi Syura, jurusolek selebriti Aida Glam dan pengurus artis dan promosi, Sam Samin.
Dalam siaran langsung berdurasi hampir dua jam itu pelbagai kisah dibongkarkan termasuk beberapa perkara berbangkit antaranya isu menumpang populariti, bayar duit makan dan sikap membawa mulut kepada pihak ketiga.
Disebabkan perkara itu juga, hubungan persahabatan mereka yang terbina sejak berpuluh-puluh tahun retak dan mulai renggang sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, sesi siaran langsung Instagram itu tidak disimpan dan dipadamkan daripada media sosial sejurus selepas sesi terbabit tamat.
Gempak juga telah cuba menghubungi semula beberapa individu yang menyertai sesi siaran langsung itu namun tidak mendapat sebarang respon.
Antara komen dari Netizen
“Msia ni mmg penuh dgn cite gaduh artis saja.. perlu ke buat live kt IG semata2 nk burukkan org lain.. Rezeki kan masing2.cuba bayangkan kalau mkcik bawang semalaysia buat live kt IG.. Tak menang tgn netijen mengecam..
“Penat netizen. Sekali datang kerja bertimbun² kau. Tak sempat nak makan minum. Kes UEL belum tutup file lagi dah kes si nana plak. File sajat pun masih tergantung. Cukup tahun nak kena audit semua kes ni. Bonus pulak atas angin je
“Sabaq sat nana… Bincang dulu apa patot..kami bz kes caprice…uel..nadir… Harap xdak pertambahan watak…
Sumber : gem pak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih