“Siapa saya nak menolak, tapi..” kembali bersama Engku Emran? Erra Fazira ambil keputusan berikut

Primadona negara, Erra Fazira tampil memberikan respon setelah ramai yang mendoakan agar penyanyi itu kembali bersama semula dengan bekas suami, Engku Emran.

Kata Erra, dia tidak terfikirkan hal itu namun percaya dengan ketetapan Allah S.W.T.

Masing-masing ada cerita masing-masing, kita nak cakap perkara ini tetapi jika Allah aturkan untuk perkara lain, susah. Saya juga tak memandang ke arah itu.

Apa pun ia, saya percaya Allah aturkan sekiranya itulah takdirnya, siapa saya nak menolak tetapi saya tidak pun melihat ke arah itu.

Ujarnya lagi, dia kini bahagia dan menganggap doa itu sebagai lumrah sebagai artis selain berserah dengan ketentuan Ilahi.

Dia juga memohon peminat untuk mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

Di masa sekarang, apa yang dikejar adalah ketenangan, wang ringgit boleh dicari, kalau duit banyak tetapi tiada ketenangan dan kedamaian pun tak berguna juga.

Doakanlah yang terbaik untuk saya di dunia dan akhirat, saya hargai semuanya.

Ulas Erra, dia tidak berasa trauma untuk bercinta semula namun tetap berhati-hati dalam memulakan perhubungan.

Sekadar info, Erra pernah bernikah dengan Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun bercerai pada 2006.

Dia kemudian berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.

Perkahwinan Erra dan Engku Emran akhirnya terlerai setelah 7 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *