Hiburan

“Siapa Nak Review Produk Besar Ke Kecil Ke, Elakkan Wanita Bertudung Boleh Tak” – Noorkhiriah

Pelakon Noorkhiriah membuat teguran tentang isu segelintir pihak yang menampilkan wanita bertudung untuk mengiklankan (review) produk yang digambarkan berkaitan saiz payudara.

Menurut Noorkhiriah, perbuatan sebegitu mampu menjatuhkan maruah kaum hawa terutamanya yang memakai tudung.

“Maaf andai apa yang nak disentuh ini membangkitkan kemarahan sesiapa yang membaca, begini, sesiapa yang nak buat review produk besar ke kecil ke apa ke, tolong elakkan wanita bertudung boleh tak?

“Menjatuhkan maruah, atau korang saja memang nak menjatuhkan maruah wanita bertudung, sebab itu bertudung menutupi dada, labuh dan bila dah labuh tak perlu tergoyang-goyang sebab tetap akan nampak.

“Buat relax sudah, semua orang tahu apa di sebalik tudung, pakai tudung ikat leher lepas tu tergoyang-goyang, motif apa?” coretnya di Instagram.

Assalamualaikum

Maaf andai apa yg nak disentuh ini mbangkitkan kemarahan ssapa yg mbaca..Gini..ssapa yg nk wat review produk besar ke kecik ke apa ke.. tolong elakkan wanita bertudung boleh tak?menjatuhkan maruah..atau korg saja mmg nak mjatuhkan maruah wanita bertudung..sb itu bertudung itu menutupi dada..labuh dan bila dah labuh tak perlu tergoyang2 sb tetap akan nampak..wat rilex sudah..smua orang tau apa di sebalik tudung… pakai tudung ikat leher pastu tergoyang2..motif apa?maaf saya tegur..Kita ssama wanita hormat dan jagalah maruah kita ssama wanita..akak x nak cakap besar tapi selagi punya kudrat wpun makan kicap sekalipun akak takkan buat review sebegini… Mmg ada yg like tapi Allah Murka.. tolonglah..saya x nak butakan mata ..Akhirat nanti semua Allah tanya..Saya sayanng semua wanita..Jagalah maruah kita..Akhir kata Maaf dari saya andai tulisan ini mengguris rasa..

Kata Noorkhiriah, dia membuat teguran itu atas dasar sesama wanita yang perlu saling hormat dan menjaga maruah sesama sendiri.

“Maaf saya tegur, kita sesama wanita hormat dan jagalah maruah kita.

“Saya tak nak cakap besar tapi selagi punya kudrat walaupun makan kicap sekalipun saya takkan buat review sebegini,” jelasnya.

Bagaimanapun, Noorkhiriah bertindak dengan menutup ruangan komen di entri berkenaan.

Sumber : gem pak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *