“Sesiapa yang pernah tidur dengan saya mungkin tak dapat membezakan sebab dia..” Lucinta mnyesal ingin memiliki semula

Selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna mengaku ingin kembali kepada fitrah menjadi lelaki semula.

Dia mendakwa telah insaf selepas menonton filem Siksa Neraka dan telah mendermakan rambut palsu kepada pesakit kanser selain membuang pakaian wanitanya.

Lucinta Luna dilahirkan sebagai seorang lelaki dan diberi nama Muhammad Fatah.

Menerusi temu bual untuk konten sebuah YouTube, Lucinta memberitahu punya keinginan untuk kembali memiliki zakar yang telah dibuang sebelum ini.

Namun kata Lucinta keinginan tersebut mungkin sukar direalisasikan kerana agak sukar buatnya memiliki zakar selepas menggantikan alat kelamin tersebut dengan alat kelamin wanita.

“Untuk kembali memiliki zakar mungkin senang untuk saya katakan tapi kalau bercakap dari ilmu medik atau doktor mungkin ia agak sulit.

“Jujurnya sewaktu saya membuat zakar dan menggantikan ia dengan vagina, saya telah menandatangani syarat yang diberikan dan ia (menyambung zakar) sulit,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.

Malah Lucinta yang kini tampil lebih sopan sempat berkongsi mengenai dirinya setelah memiliki vagina.

Dia yang melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand mendakwa telah mengeluarkan jumlah yang sangat besar untuk mendapatkan kualiti vagina paling terbaik.

“Jadi kalau punya saya ini (vagina) adalah yang paling terbaik, paling berkualiti, paling mahal dan paling canggih.

“Sesiapa yang pernah meniduri saya mungkin tidak dapat membezakan ia dengan yang asli,” dakwanya.

Sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *