“Seperti telah dirancang” Kak KM berputih mata wang tunai RM10k dan tiga beg berjenama mewah lesap dalam pesawat

Usahawan sensasi, Kak KM meluahkan rasa kesal selepas wang tunai berjumlah RM10,000 hilang ketika dia berada dalam pesawat dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur.

Nak tuntut kerugian

Kak KM

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kak KM menyatakan kejadian terbabit berlaku pada dua minggu lalu. Kak KM juga terpaksa berputih mata kerana tiga beg berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM16,000 juga lesap dalam masa sama.

Dalam luggage yang saya bawa itu ada wang tunai dan juga tiga lagi beg kecil jenama mewah. Semuanya lesap ketika dalam penerbangan. Saya memang akan letak wang tunai dalam beg itu.

Dakwa pemilik nama Liana Rosli, bagasi yang dibawa masuk ke dalam kabin mempunyai kesan diumpil dengan alatan tajam.

Saya sedar apabila melihat ada kesan seperti ditoreh dengan benda tajam. Pelik juga sebab penumpang tak boleh bawa peralatan tajam naik pesawat.

Dalam pesawat ada CCTV tak? Saya nak tahu bagaimana kejadian sebegitu boleh berlaku. Pelik sebab macam sudah dirancang.

@ohbulanofficial Kak KM meluahkan rasa kesal selepas wang tunai berjumlah RM10,000 hilang ketika dia berada dalam pesawat dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur. #ohbulan #sembangentertainment ♬ original sound – OHBULAN!

Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri masih menunggu jawapan balas daripada syarikat terbabit. Katanya, dia tidak akan berdiam diri kerana sudah melibatkan jumlah wang ringgit yang banyak.

Selama ini saya percaya dengan syarikat berkenaan sebab tak pernah terjadi apa-apa. Saya rasa apa yang berlaku seperti sudah dirancang.

Saya duduk di barisan hadapan sedangkan beg berkenaan di simpan di barisan belakang. Bila saya nak turun di Kuala Lumpur, saya kena tunggu semua orang berambus, baru saya dapat bangun.

Sudah dua minggu kejadian berlaku dan mereka seolah-olah mahu lepas tangan. Kata mereka perkara begini sering berlaku tapi saya tidak akan berdiam sebab banyak duit yang hilang.

Duit boleh dicari tetapi kepercayaan itu sudah hilang

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *