Hiburan

”Semua itu saya rasa macam bestnyaa..” MuIa2 Memang Terkjut, Bangun Tidur Ada Yusuf di Sebelah.. Zizi Kirana Kongsi Pngalaman Jadi Istri

”Semua itu saya rasa macam bestnyaa..”

Demikian kata-kata penyanyi Zizi Kirana yang menceritakan ‘kemanisan’ selepas dua hari mendirikan rumah tngga bersama pelakon Yusuf Bahrin.

Siapa sangka, diam-diam Zizi dan  Yusuf melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu tanpa perlu menghebohkan tentang kisah cinta antara mereka.

Namun sejak mereka bernikah, netizen mula menghidu sisi romantis Zizi yang sebelum ini tidak ditunjukkan secara terbuka.

 

Cerita Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, walaupun ada yang menyedari tentang perubahannya itu, namun dia sendiri masih malu-malu dan cuba menyesuaikan diri dalam menerima kehadiran Yusuf sebagai suami.

” Mula-mula memang terkejut, sebelum tidur ada orang di sebelah… bangun tidur pun ada Yusuf di sebelah.

” Sampaikan nak solat pun tiba-tiba ada imam!” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, pasangan sama cantik dan sama padan itu turut menceritakan bagaimana perkenalan mereka terjadi.

” Perasaan saya macam Zizi juga, saya rasa macam terkejut, dah kahwin dan..dah jadi suami isteri dah dan dapatlah rasa kemanisan berkahwin itu.

” Orang selalu cakap kahwin ni best.. memang best masyaAllah..Dalam perkahwinan ni mungkin akan ada salah faham, dugaan tapi kita akan cuba sebaik mungkin untuk mengatasi dengan baik.

Zizi dan Yusuf turut ditanya bagaimana cinta berputik dan mereka berjaya merahsiakan perhubungan dari pengetahuan peminat dan juga pihak media.

” Waktu itu bulan ramadhan, saya saja-saja post IG story sedang berbuka puasa di kedai makan. Pastu Zizi ucap selamat berbuka puasa, pastu saya balas balik dan ajak dia berbuka puasa sama-sama.

” Dia kata okay, sekali saya tunggu-tunggu takde pun.. kena game (sambil ketawa)..” kata Yusuf.

Kemudian Zizi mencelah bagaimana Yusuf mula menunjukkan minat seakan cuba untuk mengoratnya.

” Kami selalu berhubung melalui Instagram, komen-komen kat IG story, bagi ‘love love’.. saya macam, apa dia nii.. kenapa story IG aku semua dia tengok, semua dia komen..apa dia ni..” dedah Zizi sambil ketawa di samping Yusuf.

Saya suka ‘anak ikan’, gurau Zizi

Sementara itu, Zizi berkata beliau begitu menyenangi sikap suaminya, pelakon Yusuf Bahrin yang sopan santun dan matang.

” Kami hanya berkenalan selama dua bulan dan Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. 29 Ogos lalu kami bertunang secara virtual. Saya senang dengan Yusuf kerana dia merupakan seorang lelaki yang sopan dan matang berbanding usianya.

” Yusuf menerima saya seadanya walaupun saya lebih tua daripada dia.

” Saya tak rasa kekok dan janggal dengan Yusuf biarpun dia lebih muda. Lagipun saya kan suka lelaki yang lebih muda, saya suka anak ikan,” seloroh Zizi.

Bercakap soal cahaya mata, mereka menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.

” Soal anak, kami tak meletakkan sebarang sasaran. Kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat, kami terima. Kami serahkan kepada Allah sahaja.

” Sejujurnya, saya merancang nak kahwin pada usia 35 tahun bila ada rumah, ada bisnes. Tetapi ini adalah aturan Allah, hati saya digerakkan untuk berkahwin pada usia sekarang. Kalau ikut karakter pun, saya yang nampak lebih tua berbanding Zizi.

” Jodoh sudah tertulis jadi umur tidak penting. Apa yang penting adalah hati yang ikhlas dan jujur. Saya suka perwatakan Zizi yang sangat bersahaja. Perkara itu membuatkan saya terpikat.

” Zizi seorang yang baik hati dan menghormati orang tua. Cara dia cakap dengan saya pun sangat lembut. Tapi, bila cakap dengan kawan-kawan, caranya macam gngster pula,” kata Yusuf sambil ketawa.

Pada 19 September lalu Zizi sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

Majlis pernikahan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *