Selepas meninggalkan kumpulan Dolla, Syasya Rizal dikhabarkan sudah sah bernikah?

Sebelum ini, bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal telah mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan pengunduraan dari kumpulan tersebut.

Kini, namanya kembali menjadi perhatian netizen apabila dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga dengan sang suami.

Sudah sah bernikah

Berdasarkan satu Instagram story yang dimuat naik oleh fanpage Dolla, terlihat penyanyi itu didakwa bersama suaminya sedondon berbusana serba putih di dalam sebuah masjid. Gambar tersebut dipercayai diambil ketika majlis pernikahannya.

Bukan itu sahaja, wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia juga telah memberi pengesahan tentang pernikahan tersebut yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Benar Syasya sudah berkahwin pada Sabtu.

Tahniah Syasya. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Kepada suami awak, please jaga Syasya kita orang baik-baik okay. IDolla love her and miss her so much.

syasyaSumber : Instagram  

Terdahulu, Syasya, atau nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi. Tak lama kemudian, penyanyi ini muncul dengan penampilan barunya yang sudah bertudung.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *