Semasa

“Selain Mendapat Moratorium 6 Bln.” Ini Senarai Bantuan yg Diberikan Shg Hujung Tahun lni

Bantuan Khas C0VlD-19 Jumlah Dan Tarikh Bayaran BKC

Terkini, Perdana Menteri mengumumkan pada 28 Jun 2021 berikutan lanjutan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara beberapa bantuan di bawah PEMULIH (Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi).

Antaranya adalah Bantuan Khas C0VlD-19 (BKC).

Dalam perutusan yang sama, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa bayaran BKC ini adalah bagi membantu rakyat mendapatkan bantuan.

Ini untuk bulan-bulan yang mendatang selain daripada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah diumumkan sebelum ini.

BPR tambahan akan diberikan mulai 29 Jun 2021 manakala Fasa ketiga pula akan dibayar pada bulan September 2021.

Maka beberapa bulan yang tiada bantuan akan menjadi sukar buat rakyat Malaysia

Justeru itu bantuan BKC ini akan dibayar dalam beberapa kali bayaran berbeza bulan iaitu paga bulan Ogos, November dan Disember dengan harapan dapat membantu semua rakyat di dalam kesusahan.

Ringkasan Pemberian BKC

          

Kadar Dan Kategori Bantuan Khas C0VID-19 (BKC)

Pemberian BKC ini dengan kadar seperti berikut:

1. Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 Ringgit pada bulan Ogos, 500 Ringgit pada bulan November, dan 300 Ringgit pada bulan Disember.

Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 Ringgit pada bulan Ogos dan 300 Ringgit pada bulan November

2. Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 500 Ringgit pada bulan Ogos dan 300 Ringgit pada bulan Disember.

Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 Ringgit pada bulan Ogos

3. Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 Ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 Ringgit pada bulan Ogos nanti

Pengeluaran i-Citra KWSP sehingga RM5,000, moratorium enam bulan

Kerajaan akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu i-Citra, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000.

Dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021.

Dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata, hakikatnya ia merupakan keputusan sukar kerana Kerajaan sedar, dana tersebut adalah simpanan hari tua rakyat.

Dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas sempena pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Mengenai pemberian moratorium, Muhyiddin berkata, permohonan baharu tidak mengenakan syarat seperti pengurangan pendapatan.

Tiada semakan tentang kehilangan pekerjaan, dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan.

“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

“Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pemegang polisi insurans dan takaful yang terjejas juga boleh memohon penangguhan pembayaran premium insurans.

Dan sumbangan takaful (secara opt-in), yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Inisiatif tersebut, jelasnya lagi, merangkumi pemegang polisi dan sijil insurans hayat dan takaful keluarga.

“Lebih 1 juta rakyat dijangka memperoleh manfaat daripada pelanjutan ini.

Jumlah keseluruhan nilai premium dan sumbangan yang ditangguhkan dianggarkan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya lagi.

Selain itu Perdana Menteri berkata, inisiatif moratorium itu diharap sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini

Bagaimanapun beliau berpesan, bagaimanapun, tawaran itu perlu digunakan dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, tidak perlu dibuat tambahan komitmen kewangan lain.

Siapakah yang layak menerima Bantuan Khas C0vid-19?

Golongan-golongan miskin tegar, B40 dan M40.

B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia telah bertanggungjawab untuk menjalankan survei atau kajian terhadap julat pendapatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Pada tahun 2017, Jabatan tersebut telah mengeluarkan laporan terhadap Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA).

Maksud Golongan B40, M40 Dan T20 Isi Rumah Mengikut Jumlah Pendapatan

Berikut MYsumber kongsikan makna sebenar serta ciri-ciri yang dimaksudkan dengan istilah atau takrifan B40, M40 dan T20 bagi rujukan rakyat Malaysia

Bilakah tarikh bayaran BKC?

Bayaran akan dilakukan pada bulan Ogos, November dan Disember mengikut kategori kelayakan.

Sumber : akseskehidupan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *