Infomaklumat

“Selain Kibar BenderaPutih” Ini Senarai Tempat Bantuan Bekalan Makanan Yang Boleh Anda Pergi

Setahun dua ini merupakan satu ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat dunia disebabkan wabak pandemik yang memberi kesan pada kehidupan harian kita.

Ramai yang mengalami tekanan dan depress disebabkan daripada hilang pekerjaan dan sumber pendapatan hidup bagi individu dewasa yang sudah bekerja.

Atas dasar keprihatinan rakyat Malaysia pelbagai bantuan dilakukan bagi membantu mereka yang terjejas antaranya #BenderaPutih dan bantuan makanan yang diletakkan dibeberapa tempat.

Bagi mereka yang malu dan berat hati untuk mengibarkan bendera putih mungkin boleh pergi ke beberapa tempat ini. Bantuan ini khas buat mereka yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera mendapatkan bantuan yang sepatutnya.

Dalam satu perkongsian, seorang penguna facebook dengan nama Nur Firdaus menyenaraikan lima tempat yang bolah anda dapatkan bantuan makanan.

1. YAYASAN FOOD BANK

Ini merupakan inisiatif daripada Yayasan Food Bank Malaysia.

Jika anda pelajar Universiti Awam, Food Bank menyediakan keperluan makanan buat anda menerusi program Food Bank Siswa.

Cara pemberiannya adalah menerusi Food Pantry (bilik simpanan makanan kering) di dalam universiti atau Central Kitchen (mengedarkan makanan yang dimasak kepada pelajar).

Untuk senarai universiti yang ada menyediakan food bank, bolehlah rujuk DI SINI.

2. GEROBOK KASIH PETRONAS

Gerobok Kasih Petronas mempunyai konsep yang sama seperti food bank.

Di Petronas tertentu, anda boleh mendapatkan bekalan makanan sebagai contoh di Johor, di Petronas Desaru, Petronas Kempas Lama, Petronas Puteri Wangsa dan Petronas Taman Austin Perdana.

3. PANTRI KOMUNITI AYAM BRAND

Ini merupakan inisiatif daripada syarikat Ayam Brand Malaysia yang menyediakan pantri makanan kering untuk seluruh rakyat Malaysia.

Terletak di seluruh Malaysia, namun setiap satu negeri diletakkan satu lokasi pantri.

Senarai lokasi dan maklumat lanjut mengenai Pantri Komuniti Ayam Brand ini boleh rujuk DI SINI.

4. ZERO HUNGER PROGRAM

Inisiatif ini merupakan tajaan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall.

Namun untuk ini, anda akan disaring. Mereka yang berjaya melepasi proses saringan akan terus diberikan bantuan.

Permohonan dan maklumat lanjut boleh rujuk DI SINI.

5. PROJEK GEROBOK REZEKI

Projek Gerobok Rezeki ini hasil daripada komuniti masyarakat setempat dan berada di seluruh Malaysia. Berikut antara yang sempat Muhammad Firdaus kumpulkan.


xiii. Kedah – Masjid Sultan Badlishah (Sintok), SK Tandop Besar (Kuala Nerang)

Menerusi satu perkongsian di group aplikasi WhatsApp, berikut merupakan senarai pusat food bank yang boleh anda dapatkan bantuan:

Alhamdulillah, masih ramai rakyat Malaysia yang bermurah hati membantu. Diharap inisiatif yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menghilangkan rasa gusar golongan yang terjejas.

Sumber : Muhammad Firdaus / rem aja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *