“Segan, tapi kali ini terpaksa buat” Intan Liana buka tabung sumbangan nak bayar yuran guaman

Pensohor media sosial dan juga bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Liana memaklumkan dia kini membuka tabung bantuan bagi tujuan membayar yuran guaman untuk membalas saman yang dikemukakan bekas suami, Ude dan isterinya, Izreen.

Dia turut memaklumkan bahawa peguammnya, Mahmud Jumaat berhasrat untuk mengambil bayaran kos guaman secara seikhlas hati.

Difahamkan, tabung bantuan itu disalurkan terus kepada peguamnya setelah ramai yang bertanya tentang cara untuk membantu Intan bagi tujuan itu.

Saya bukanlah jenis suka memperbesarkan perkara tapi kali ini terpaksa buat dan Alhamdulillah, ada peguam yang sedia membantu.

Pihak peguam telah membalas surat tuntutan tersebut dan pada masa yang sama membuat tuntutan balas terhadap mereka atas tuntutan kenyataan fitnah dihamburkan kepada bonda.

Ujarnya lagi, dia pada mulanya tidak berhajat untuk meneruskan saman fitnah terhadap bekas suami dan juga Izreen namun meneruskan jua kerana menerima banyak sokongan terutama daripada peguam dan juga pengikut media sosial.

Sebelum ini, Intan memaklumkan dia ada menerima surat tuntutan daripada Izreen dan Ude.

Izreen menerusi beberapa hantaran di Instagram Story mendakwa dia akan mendedahkan perangai sebenar Intan di mahkamah kelak setelah pelakon itu memaklumkan bahawa bekas madunya itu masih belum melupakan bekas suami, Ude Wahid.

Sumber : beautifulnara

Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *