“Sebelum keputusan ini dibuat saya dah bertemu dia dahulu.. dia pun setuju..” Bella

Pelakon jelita Bella Astillah menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama Terjerat terbitan OrangeTree Production bagi tayangan platform penstriman, iQIYI.

Difahamkan ia susulan kontroversi membabitkan suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah, di sini, minggu lalu.

Bella berkata, keputusan dibuat selepas bertemu dengan penerbit drama iaitu Datuk Seri Jaspal, semalam.

“Sebelum keputusan ini dibuat, saya bertemu dengan beliau terlebih dahulu.

“Beliau memahami situasi saya dan menerima keputusan yang saya pilih,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Bella menerusi hantaran di Instagram berterima kasih kepada pasukan drama itu atas kerjasama yang sudah diberikan.

“Terima kasih Datuk Seri Jaspal. Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi,” katanya.

Menerusi drama itu, Bella memegang watak perampas suami (lakonan Fendy Bakry) kepada kakaknya yang dibintangi oleh Ruhainies.

 

Pelakon Bella Astillah dipercayai telah menarik diri daripada membintangi drama Terjerat yang kini masih menjalani penggambaran.

Biarpun tiada sebarang pengesahan daripada Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 33, namun posting terbaharunya seolah-olah mengiyakan perkara tersebut.

“Assalamualaikum. Cerita semalam, terima kasih Datuk Sri Jaspal, terima kasih kerana memahami.

“Panjang umur dan ada rezeki , kita bekerjasama lagi,” tulis Bella dalam Instagramnya sebentar tadi.

Mengesahkan lagi penarikan dirinya daripada drama yang turut dibintangi suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies apabila Bella memuat naik gambar bersama penerbit drama Datuk Sri Jaspal Singh daripada Orangetree Production Sdn. Bhd.

Selain itu, Bella turut memuat naik tangkap layar namanya telah dikeluarkan daripada group WhatsApp senarai pelakon drama berkenaan.

Rata-rata pengikut Bella menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila pelakon jelita itu dikeluarkan daripada senarai pelakon.

Namun, ada juga peminat yang memahami tindakan Bella meminta untuk menarik diri kerana enggan terus bekerjasama dengan Ruhainies.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu lalu di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Sumber : padumedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *