“Sebab saya tahu dia muflis” sama seperti Adira.. Sah brcerai talak satu Datin Red buat pengakuan ini

BEKAS isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu tetap dengan pendirian untuk tidak menuntut sebarang nafkah kerana memahami situasi kewangan usahawan berkenaan.

Sharifah Norshafila Hashim, 38, berkata, dia akan berusaha mencari nafkah sendiri bagi membesarkan lima anak mereka dan enggan menyusahkan Adnan.

“Sebab saya tahu dia muflis, tak apalah saya cari nafkah sendiri untuk anak-anak.

Sharifah gagal menahan sebak.

Sharifah gagal menahan sebak ketika ditemu bual.

“Saya tak mahu menyusahkan dia dan akan sentiasa menyokongnya,” katanya kepada mStar.

Sharifah yang mesra disapa Datin Red berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Selasa.

Dalam pada itu, Sharifah memberi jaminan hubungannya dengan Adnan tetap akan kekal baik demi anak-anak mereka.

“Saya tahu dia tidak sekejam itu terhadap kami walaupun kami sudah tidak mempunyai hubungan. Saya tahu dia baik.

“Dia seorang yang bertanggungjawab. Hubungan kami selepas ini pun baik-baik sahaja, tak ada masalah. Insya-Allah,” ujarnya.

Sementara itu, Adnan pula memberitahu dia bersetuju menceraikan Sharifah kerana sudah tidak mahu memanjangkan lagi isu rumah tangga mereka.

Sebab saya tahu dia muflis, tak apalah saya cari nafkah sendiri untuk anak-anak.

DATIN RED

BEKAS ISTERI DATIN RED

Disebabkan itu, mereka sepakat bercerai secara baik dan sama-sama membesarkan lima anak mereka.

“Kalau saya teruskan nanti lagi panjang. Atas nasihat peguam, kami bersetuju cerai secara baik.

“Insya-Allah anak-anak faham sebab mereka pun sudah besar,” katanya.

red4 - 1

Sharifah akan berusaha mencari nafkah sendiri bagi membesarkan lima anak mereka.

Untuk rekod, Adnan dan Sharifah bercerai talak satu pada pukul 10.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Berdasarkan dokumen yang dibacakan peguam Adnan iaitu Muhammad Akmal Amzan, Sharifah juga bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya.

Antara perjanjian yang dilakukan Sharifah adalah tidak menuntut nafkah idah dan mutaah

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *