“Saya tiada medsos, tiada telefon..” lebih 10 tahun hilang, pelakon Pierre Andre muncul kembali dedh ape yang berlaku

Sedia maklum, selepas saja sah bergelar sebagai seorang suami pada tahun 2013, pelakon dan pengarah hebat, Pierre Andre ‘hilang’ daripada dunia seni.

Bakal mengarah Jangan Pandang Belakang 2

Setelah lebih 10 tahun menghilangkan diri daripada dunia seni, Pierre kembali semula mengarah filem Jangan Pandang Belakang 2 yang dijangkakan ditayang pada hujung tahun ini.

Kata pelakon itu, dia mengambil masa untuk menerima tawaran daripada David Teo susulan sudah lama tidak duduk di kerusi pengarah.

@budieychannel Lama tak nampak pelakon dan pengarah Piere Andre hadir di mana-mana acara. Petang ini beliau muncul di Majlis Doa Selamat Filem JANGAN PANDANG BELAKANG 2. #piereandre #budieychannel #janganpandangbelakang2 ♬ original sound – Budiey

Tiada media sosial, tiada telefon

Dalam pada itu, Pierre turut memberitahu kepada pihak media bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang akaun media sosial ataupun menggunakan telefon bimbit.

Katanya, keputusan tersebut dilakukan kerana mahu memberi fokus sepenuhnya kepada isteri dan dua orang anaknya.

Kalau nak hubungi, hubungi isteri saya. Saya rasa sangat bebas tidak menggunakan telefon.

Pierre berkata berbeza ketika sebelum berkahwin, dimana dia sering menggunakan telefon dan ia memberi tekanan kepadanya.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *