“Saya rasa tak sepatutnya…” rasa serba salah, makcik Kemboja menangis mohon maaf pada ank

Usahawan dikenali sebagai Makcik Kemboja menganggap apa yang berlaku terhadapnya sudah pun tertulis dan ditentukan oleh Allah SWT.

Menerusi satu video di TikTok, Mariyah Yaakob memohon maaf kepada anak lelakinya, Ezuan Hafsyam, 22,kerana ‘mengheretnya’ dalam masalah yang berlaku pada usia yang muda.

Makcik Kemboja itu turut tidak dapat menahan dirinya daripada mengalirkan air mata sambil memeluk anaknya dan mengakui tidak boleh tidur malam memikirkan lelaki tersebut.

Saya rasa tak sepatutnya tarik Ezuan di usia yang begitu muda dalam masalah ini. Saya harap, Ezuan kuat. Saya tak boleh tidur sebab fikir kenapa jadi ibu yang tarik anak sekali dalam masalah ini.

makcik kemboja

Ezuan kemudian dilihat cuba menenangkan ibunya yang sedang menangis itu dan berkata dia tidak mahu melihat ibunya bersedih dan dia akan bersamanya dalam susah dan senang.

Terdahulu, Mariyah dan Izuan telah dituduh secara berasingan mengeluarkan kenyataan dan memulakan komunikasi video jelik mendakwan orang Melayu sebagai malas, di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.

Dua beranak itu masing-masing mengaku tidak bersalah dan dilaporkan membayar ikat jamin sebanyak RM25,000. Sebutan semula kedua-dua kes ditetapkan pada 12 Januari akan datang.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *