“Saya nampak mereka cari jalan halal” Mereka sekolah agama, bermadu untuk elak mksiat – Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi berkata meskipun ralat dengan keputusan dengan anaknya itu namun dia percaya Marissa Dania memilih untuk bermadu untuk mengelakkan maksiat.

Memetik Kosmo, Abby berkata Marissa dan suaminya, Aslam bersekolah agama sejak dari kecil dan mereka mencari jalan dengan menghalalkan hubungan untuk elakkan maksiat.

“Saya tak tahu tentang orang lain, sejujurnya saya tak boleh berkongsi tapi benda yang saya tak nak, ujian itu kena pada anak saya Marissa.

“Semua orang pun kalau diberi pilihan mesti tak mahu berkongsi kasih sebab dulu saya pernah bersembang dan bergurau dengan dia untuk cari suami (kriteria) macam mana.

“Saya tak boleh jelaskan sampai sekarang kenapa dia pilih poligami. Mungkin masing-masing belajar agama, saya nampak mereka cari jalan halal untuk elakkan maksiat,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya nasihat kepada menantunya, Abby berkata Aslam perlu memainkan peranan sebagai ketua keluarga serta menunaikan tanggungjawab secara adil terhadap kedua-dua isteri.

“Sebagai ibu saya hanya mampu mendoakan. Mudah sangat jalan yang Allah izinkan untuk Aslam beristeri dua. Semoga dia dapat menggalas tanggungjawab untuk dua isteri yang terlalu muda.

“Jauh lagi perjalanan mereka, doakan yang terbaik. Kita pun pernah muda kan. Tiada siapa boleh menentukan jalan hidup kita melainkan kita sendiri,” katanya.

Sumber : rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *