“Saya banyak silap, Bella pun ada buat silap” Aliff Aziz cari peluang ke-12, akan lakukan perkara ini

Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz mendedahkan tindakannya enggan melafazkan cerai terhadap isteri, Bella Astillah kerana masih sayang dan mahu pertahankan rumah tangga mereka demi anak-anak.

Mahu selamatkan rumah tangga

aliff bella

Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama lengkap Mohamad Aliff Aziz berkata dia akan mengambil peluang yang ada untuk memperbaiki setiap kekurangan dalam perkahwinannya.

Katanya, dia dan isteri masing-masing tidak terlepas daripada membuat kesilpan.

Untuk beberapa minggu ini, saya rasa overwhelming (bercampur baur) untuk saya dan semua yang terlibat. Saya ambil peluang ini untuk selamatkan rumah tangga demi anak-anak. Saya rindu anak-anak.

Saya ambil langkah untuk gunakan setiap ruang dan peluang untuk saya cuba selamatkan rumah tangga kami.

Saya ada banyak buat silap, Bella pun ada buat silap. At the end of the day, ini bukan satu keputusan yang kita boleh buat secara terburu-buru tanpa memikirkan dalam segala hal.

Saya juga berharap sangat, hal rumah tangga tak sepatutnya ada pengaruh dari luar.
Aliff berkata demikian ketika ditemui sejurus sebutan kedua kes cerai talak dengan kebenaran mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sayang-Sayang ini memohon semua pihak memberi ruang agar segala prosiding yang akan dijalankan selepas ini berjalan lancar.

Saya minta jasa semua orang untuk beri ruang supaya prosedur ini berjalan seperti yang dirancang. Saya berterima kasih kepada pihak mahkamah kerana memberikan peluang untuk saya prosiding ini diteruskan. Saya mohon doa daripada semua untuk kami.

Terdahulu, Aliff enggan menceraikan isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis dengan alasan masih sayang.

Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat kemudian menetapkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Bella melantik kakak angkatnya iaitu Roslinda manakala Aliff melantik ibunya Siti Hafiza untuk prosiding JKP. Perbicaraan JKP seterusnya ditangguhkan kepada 4 Jun.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *