“Saya banyak bekerja dengan jenama antarabangsa” Sikitpun tak jejas kerjaya, masih banyak terima tawaran dari sini

Aktres sensasi, Ruhainies memaklumkan kontraknya sebagai duta bagi beberapa jenama tidak ditamatkan sebaliknya mungkin ditunda atau ‘on hold’ sementara biarpun terpalit dengan kontroversi panas.

Bercakap kepada XTRA, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, berkata, jenama-jenama tersebut tidak terjejas kerana ia berpangkalan di luar negara.

“Cancel tak ada, mungkin ‘on hold’ untuk sementara sebab sekarang isu ini sangat panas.

“Saya faham dan terima sebab saya perlu faham juga sebab isu ini masih hangat diperkatakan.

“Tapi kebanyakan jenama lain tidak terjejas sebab saya banyak bekerja dengan jenama antarabangsa, fokus mereka bukan sahaja di Malaysia,” ujar Ruhainies kepada XTRA.

Ruhainies ditemui pada majlis Rumah Terbuka Fiziwoo di Bukit Setiawangsa, pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Ruhainies turut memaklumkan penggambaran drama bersama Aliff Aziz juga masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

“Tak ada, masih berjalan seperti biasa. Kami shoot macam biasa,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah jenama aiskrim terkenal menafikan mengambil Ruhainies sebagai duta.

Malah pada ramadan lalu, sebuah jenama produk kesihatan mengambil langkah berani dengan bertindak mengaburkan wajah Ruhainies dalam iklan Ramadan dan Raya mereka.

Sumber : x tra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *