“Saya akan tarik diri kalau nak gaduh soal rezeki” Saya nak kerja dengan ikhlas. Saya malas nak gaduh, tak kuasa! – Kak Lina Pom Pom

Pengacara dan pelakon popular, Elly Mazlein, 44, kesal dengan sikap sesetengah pihak yang merasakan dirinya sebagai pesaing dalam dunia hiburan.

Menurut penyanyi yang mesra dengan nama Kak Lina Pom Pom itu, dia dapat merasakan ada segelintir orang merasakan sebegitu, lebih-lebih lagi selepas dia meraih trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, tahun lalu.

“Sejujurnya, saya perasan benda tu. Saya dapat rasakan perasan ‘sukar’ selepas menang ABPBH35. Jangan rasa shaking, jangan nak ilusi seorang diri. Saya lahir dalam industri seni bukan sebagai pencabar kerana kita sama-sama nak mencari rezeki,” katanya kepada XTRA.

Terdahulu, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini pernah mendedahkan keputusan dirinya mengundurkan diri sebagai pengacara program realiti popular di sebuah stesen televisyen berbayar kerana mahu memberi laluan orang lain untuk bekerja dengan lebih selesa

Biarpun tidak memetik sebarang nama individu, pengacara Mentor Otai ini menjelaskan keputusan terbabit dibuat kerana memilih untuk tenang dan bahagia.

Tambah Elly, dia enggan bergaduh kerana rezeki kerana mahu terus bersikap positif dan tiada masa mahu memikirkan mengenai keburukan.

“Bidang hiburan adalah periuk nasi saya. Kita ada sesi baca skrip dan ketika itu, kita boleh berbincang. Saya nak kerja dengan ikhlas. Saya malas nak gaduh, tak kuasa! Saya akan tarik diri kalau nak gaduh soal rezeki.

“Apa yang boleh saya katakan, jangan syok sendiri dan tak perlu rasa tercabar. Matlamat saya lebih baik bersatu daripada bercerai. Saya jenis siapa nak kawan silakan dan saya akan sentiasa berbuat baik. Jika ada perkara negatif menghampiri, saya akan cepat-cepat sekat.

“Saya lebih selesa memikirkan soal ketenangan dan positif. Saya tiada masa nak fikir mengenai sampah,” katanya.

Elly ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Sayap, baru-baru ini.

Dicipta oleh komposer dan penulis lirik popular tempatan, Naim Daniel, Omar K, dan Iqie Hugh, lagu Sayap mempunyai maksud yang tersendiri.

“Lagu ini mengetengahkan elemen kasih sayang serta cinta kepada Maha Pencipta dan sesama manusia. Lirik yang ditonjolkan pula berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej mendalam tentang keperibadian manusia yang sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menuju ke arah kebaikan,” katanya.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *