“Sambut ulang tahun kelahiran, Janna Nick betul betul berharap” ramai yang terus doakan Janna dan Dini

TIDAKĀ berputus asa untuk memiliki cahaya mata, pelakon Janna Nick terus berdoa dikurniakan rezeki zuriat sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada 1 Jun lalu.

Permintaan itu diluahkan oleh Janna atau Nurul Jannah Muner ketika meraikannya hari kelahirannya bersama suami, Dini Schatzmann di sebuah restoran.

“Saya sayang awak, saya nak anak. Belum berhenti berharap,” katanya sambil meniup lilin hari jadi pada sebuah kek.

janna 1

Ramai rakan artis yang mendoakan Janna dan Dini segera dikurniakan cahaya mata.

Janna turut berkongsi video sweet berkenaan di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini juga memuat naik kata-kata ‘manifesting motherhood’ yang memberi gambaran dirinya serius ke arah tersebut.

Malah dia turut berkongsi satu hantaran lain seolah-olah memberi gambaran dirinya terlalu penat untuk merancang kehamilan.

Perkongsian Janna itu mendapat respon ramai pengikut termasuklah rakan artis yang terus mendoakan pasangan ini segera menimang cahaya mata.

Pada Februari lalu, Janna pernah meluahkan rasa sedih apabila usahanya untuk mendapatkan anak tidak berhasil.

Dia ketika ketika itu menunjukkan keputusan alat ujian kehamilan yang memberi tanda negatif meskipun telah mencuba pelbagai cara.

janna 2

Janna pernah meluahkan rasa kecewa apabila usaha untuk hamil tidak berhasil.

Meskipun tertekan, Janna juga sentiasa percaya pada rezeki untuk memiliki anak di waktu yang sesuai.

Untuk rekod Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun tahun lalu di Langkawi, Kedah.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *