“Sakitnya hati seorang istri siapa yang tahu” Misya akhirnya buka mulut Isu Aslam, Marissa kawin buat ramai yang sebak

Isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan akhirnya tampil memberikan komen mengenai isu yang sedang tular membabitkan suaminya dan juga anak kepada pasangan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi.

Memetik laporan Harian Metro, Misya mengesahkan sendiri mengenai perkahwinan yang berlangsung di Songkhla, Thailand itu adalah benar.

Bagaimanapun, dia enggan memberikan komen lanjut berhubung perkara itu.

“No comment. Rasanya lebih baik bertanya kepada mereka, maafkan saya,” katanya.

Terdahulu, berita perkahwinan Marissa menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen, malah pelbagai pihak tampil memberikan pengesahan berkaitan status hubungannya dengan Aslam termasuklah kakak kepada Misya, Nadiah Mazlan.

Bukan itu sahaja, tindakan berdiam diri daripada pihak keluarga termasuklah Marissa dan Aslam membuatkan warganet bertindak menyerang platform media sosial mereka.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *