“Rumah sewa saya tertunggak, badan dah turun 10kg…” perkara yg ditakuti Elly terjadi.. ramai terkjut lihat keadaan terkini Azri

Pelakon Azri Iskandar memberitahu dia mengalami penurunan berat badan sejak kebelakangan ini.

Sewa rumah tertunggak

Menerusi temu bual bersama Melodi, Azri berkata dia berada dalam keadaan sihat meskipun berat badannya sedikit susut. Ujar Azri, berat badannya turun 10kg.

Abang sihat, Alhamdulillah. Badan saya susut? Tak adalah saya jaga kesihatan sebab umur saya sudah 56 tahun. Saya kurangkan makan dan lebih banyak bersenam. Sekarang saya 79kg dan saya dah turun 10kg. Saya takkan kurus sebab masalah.

Disoal mengenai perkembangan karier untuk tahun ini, Azri memberitahu dia kurang mendapat tawaran berlakon. Hal tersebut, menyebabkan bayaran sewa rumahnya tertunggak.

Ada terima tawaran berlakon, tapi bukan waktu sekarang ini sebab dah tunda sehingga bulan 3 nanti. Bukan rezeki kot. Saya nampak tak terurus tak ada mengena dengan tak ada job. Saya sentiasa dalam keadaan bersedia. Semua masalah saya serahkan kepada Allah.

Selama ni semuanya selesai cara baik. Cuma ada menganggu sikit dari segi tertunggak sewa rumah. Itu buat saya susah hati sebab dah susahkan tuan rumah.

Kereta tak ada tunggakan. Sewa rumah tak boleh cakap sebab itu peribadi. Adalah membebankan kalau difikir. Dalam keadaan sekarang, tawaran kecil pun saya harapkan. Saya harap pihak penerbit, pengarah bagilah saya berlakon.

Diminta untuk mengulas mengenai kehidupan peribadi, pelakon drama ‘Pemburu Rahsia’ ini enggan berbicara soal itu.

Saya tak nak komen pasal Dr Azra. Sekarang saya nak cakap pasal kerja bukan peribadi. Mengenai dakwaan saya sedang mengenali beberapa orang perempuan dan saya kaki kikis itu juga tidak benar.

Tak baik tuduh saya kaki kikis perempuan. Kalau saya kikis, sudah tentu saya pakai kereta mahal dan sewa rumah tak tunggak. Ramai kawan seperjuangan saya dah ‘tiada’, saya lebih banyak fikir masa depan.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *