Hiburan

Remy Ishak Bakal Nikah Sabtu Ini. Kenali Siapa Bakal lstri Beliau, Memang Cantik Sungguh

PeIakon popular, Remy Ishak dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Ezza Yusof pada pagi Sabtu ini.

Sumber kepada HarianMetro berkata, sebelum itu Remy dan Ezza akan bersiap di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum dibawa di lokasi pernikahan pada pagi Sabtu ini.

Busana pernikahan mereka juga mendapat sentuhan pereka fesyen muda terkenal.

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka bercantum kembali tahun ini.

Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pndemik COVlD-I9 majlis itu dibatalkan.

Menerusi temu bual media sebelum ini, Remy mengakui hubungan dengan Ezza penuh dengan dugaan dan ujian.

” Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Ezza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang, namun bercantum kembali.

” Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar daripada kehendak kami,” katanya.

Selepas putus tunang sekitar tahun 2019, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran sekali gus mengesahkan bahawa hubungan cinta mereka kembali bertaut.

Kenali siapa Ezza, gadis cantik suri hati Remy Ishak

Sebelum ini ramai yang terkjut dengan berita pertunangan hero Malaya, Remy Ishak dengan gadis pilihannya Ezza Yusof.

Meskipun pernah putus tunang, namun hubungan mereka bertaut kembali dan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Remy Ishak boleh dikatakan antara pelakon lelaki yang menjadi kegilaan wanita-wanita di Malaysia ni kerana karakternya yang bersahaja dan kelakar. Bukan itu sahaja, malah mempunyai rupa Melayu tulen dan bentuk badan yang ‘fit’.

Siapa Ezza?

Beliau bukanlah model, bukan artis, bukan individu yang popular pun.. Jadi siapakah sebenarnya gerangan gadis bernama Ezza Yusof ni? Anda mesti nak tahu kan.

Penggemar fesyen

Ezza merupakan seorang penggemar fesyen. Pada siapa yang follow Ezza di Instagram, dia selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels yang terkini.

Seorang business woman berjaya

Tidak hairan lah Ezza mempunyai perniagaan yang berlandaskan fesyen iaitu menjual kasut untuk kaum wanita.

Ezza merupakan founder @2tomorrowmy. Anda boleh lihat kasut-kasut yang dijualnya sangat cantik dan trendy. Nak tahu lebih lanjut anda boleh check out di laman Instagram Ezza.

Rakan baik kepada Nad Zainal

Jika anda salah seorang followers Ezza di instagram, anda akan tahu bahawa mereka ni merupakan rakan baik dan sentiasa menyokong karier masing-masing.

Apa yang membuatkan mereka lebih rapat ialah kerana masing-masing sudah mempunyai anak yang masih kecil dan comel!

Mula mengenali Remy Ishak sejak tahun 2013.
Mempunyai dua anak angkat bernama Dania dan Damia.
BFF kepada aktres cantik, Nad Zainal.

Seorang yang sangat menggemari fesyen dan selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels di Instagram miliknya.

Merupakan Pengarah Urusan Roistz Labels.
Mula menggenakan hijab pada Februari 2017 lalu.
Mempunyai lebih 11,000 pengikut di Instagram miliknya.

Sumber : hm / 0bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *