Tidak dinafikan, masih ramai wanita di luar sana yang ragu-ragu tentang hukum membasuh tuala wanita semasa datang haid
Oleh itu, baru-baru ini tular sebuah video seorang artis berkongsikan tentang hukum jika tidak membasuh pad melalui laman TikToknya.
Klik untuk videonya..
Cuba menerangkan beberapa hukum jika tidak basuh pad semasa haid
Menerusi video berdurasi 51 saat yang dimuat naik oleh Aishah Azman, dia memberitahu melalui kapsyennya bahawa ramai kaum hawa yang confuse dengan isu pad bila datang bulan dan meminta netizen menonton video tersebut sehingga habis.
Menurut Aishah, membasuh pad ketika haid adalah tidak wajib dan sunat jika ditanam. Malah, tiada dalil yang mengatakan haram jika tidak mencuci pad. Selain itu, dia juga berkongsi mitos sekiranya tidak membasuh pad, jin akan jilat dan mendampingi seseorang.
Namun, perkongsiannya itu ternyata mengundang pelbagai persepsi daripada netizen. Kebanyakan daripada mereka tidak bersetuju kerana berpendapat lebih baik cuci kerana haid itu merupakan darah kotor.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 1.2M views, 176.4K likes dan 7.5K shares di TikTok
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pendapat Aishah dan memberitahu mereka sudah terbiasa mencuci pad dengan sabun untuk memastikan ia bersih sebelum dibuang.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Bagus juga dia share info ni, at least kita dah tahu hukum kan. Pendapat korang pula macam mana?
Sumber : says
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih