“Ramai wanita kalau ada duit rasa diri bijak padahal.. kesian tengok” lelaki ini kcam tindakan Aisyah Hijanah sebagai tut

Gara-gara tindakan pensohor media sosial, Aisyah Hijanah memindahkan segala aset dan harta sepencarian kepada namanya setelah suami, Aliff Teega berpoligami, ramai netizen tampil memberikan pandangan masing-masing di media sosial.

Dalam ramai-ramai yang memuji tindakan Aisyah yang didakwa genius dan memikirkan masa hadapan diri dan anak-anak, ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah tidak bijak sama sekali.

twitter

Seperti pandangan seorang individu ini di aplikasi X ini, dia meminta orang ramai untuk berhenti mengambil kisah Aisyah sebagai panduan kerana ia adalah sesuatu yang tidak bijak.

Nasihat aku simple je, berhenti la ambil benda macam ni sebagai acuan kehidupan, tiada yang bijak pun dengan benda ni. Tiada yang secure pun, sebelum ni korang kecam dia bodoh sebab bawa suami berubat semua.

Ramai perempuan rasa diri dia bijak, kerana ada kerjaya bagus, ada harta, konon dapat secure in future kalau husband buat hal. Tapi aku boleh cakap, benda ini adalah bodoh sebab tiada benda pun dalam hidup ini menjamin kau. 100% nama isteri? Mati, suami dia boleh claim.

Ujarnya lagi, ramai yang tidak memahami maksud hibah dan harta sepencarian berfungsi.

twitter

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam pendapat individu itu yang dirasakan mengajak wanita untuk menjadi ‘bodoh’ dan tidak mempertahankan diri apabila diabaikan suami.

Sumber : beaitifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *