“Ramai ucap tahniah Raja Azura kawin lepas lama hidup sendiri?” rupanya ada kisah lain disebaliknya

TEKA-TEKI kononnya pelakon Raja Azura kembali mendirikan rumah tangga akhirnya terjawab apabila seorang kerabat Perak tampil menjelaskan majlis pernikahan yang berlangsung bukan milik aktres berkenaan.

Syed Saif Alsagoff yang merupakan anakanda kepada Raja Puan Besar Perak iaitu Raja Nazhatul Shima Raja Idris Shah sebaliknya memberitahu itu adalah majlis pernikahan sepupunya.

“Tahniah sepupu, Semoga Allah merahmati anda berdua,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen di video yang dimuat naik di laman TikTok.

raja azura 2

Ramai yang menyangka Raja Azura kembali mendirikan rumah tangga.

Dipercayai Saif merupakan sepupu kepada pengantin lelaki yang juga mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Azura.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan Raja Azura berjalanan di hadapan mengetuai rombongan membawa dulang hantaran sebelum kedua mempelai masuk ke dalam dewan.

Raja Azura atau Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, juga merupakan salah sorang kerabat Diraja Negeri Perak.

Majlis tersebut berlangsung di Royal Perak Golf Club, Ipoh.

Sebelum ini hantaran yang dimuat naik oleh Raja Azura menimbulkan tanda tanya ramai sehingga ada yang menyangka dia kembali mendirikan rumah tangga.

Malah menerusi ruangan kapsyen, Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku seolah-oleh memberi gambaran majlis tersebut merupakan pernikahannya selepas 14 tahun bergelar ibu tunggal.

raja azura 3

Raja Azura manis menghadiri majlis pernikahan diraja.

“Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah. Kepada yang selalu mendoaan, dari dia bersendirian, kini telah berdua,” ujarnya.

Malah hantaran tersebut juga mendapat ucapan tahniah ramai peminat termasuk rakan artis.

Untuk rekod, Kak Raja Azura sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Adzmin Osman pada Mac 2001 namun bercerai pada September 2010.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura, 19.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *