Semasa

Ramai terkejvt pihat hasil ujian Proton X50 dan Honda HR-V menguji ketahanan

PADA awal tahun lalu, terdapat beberapa kemalangan melibatkan model Proton X50. Bagaimanapun pemandu-pemandu SUV tersebut tidak mengalami kecederaan yang parah. Jadi tidak hairanlah kenapa model tersebut mendapat pengiktirafan 5-bintang NCAP.

Baru-baru ini pengguna TikTok @adibcars memuat naik satu video ujian ketahanan antara model Geely Binyue atau dikenali sebagai Proton X50 (untuk pasaran Malaysia) dan Honda HR-V.

Ujian ketahanan tersebut dibuat oleh pihak media China dengan menggerakkan kedua-dua kereta ujian tersebut pada kelajuan 64km/j dan merempuh secara berhadapan antara satu sama lain. Ternyata hasil keputusan ujian tersebut sangat mengejutkan orang ramai.

Lihat Video Dibawah:
Sejurus pelanggaran terjadi, sistem keselamatan pada kedua-dua SUV tersebut berfungsi dengan baik dengan mengeluarkan airbag bagi “menyelamatkan” penumpang dan pemandu didalamnya.

Bagaimanapun, Honda HR-V mengalami beberapa kerosakkan pada beberapa bahagian serta-merta akibat pelanggaran itu. Cermin hadapan retak 90%, cermin sisi bahagian pemandu pecah dan bahagian pintu berubah sedikit strukturnya.

Tetapi “Proton X50” pula tidak mengalami kesan yang begitu teruk seperti begitu. Cermin hadapannya tidak retak, begitu juga dengan cermin sisinya bahagian pemandu tidak pecah dan struktur bahagian pintu kelihatan masih kekal utuh.

Perkongsian video tersebut telah membuatkan netizen teruja dan memuji ketahanan model Proton X50 itu. Pada masa sama, orang ramai yang memiliki model-model Proton lain turut memuji ketahanan kenderaan mereka.

Walaupun ujian ini “membuktikan” ketahanan model SUV tersebut, ia tidak bermaksud kita sebagai pengguna boleh memandu sewenang-wenangnya sehingga membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Reaksi warga maya

Sumber: ADIBCARS / Papan Kekunci

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.