Menghasilkan video tutorial makeup namun orang lain yang menyumbang suara untuk menunjukkan langkah satu persatu bukanlah trend terbaru.
Malah kita dapat lihat ramai pasangan yang sporting menghasilkan video tutorial makeup yang melucukan apatah lagi apabila lelaki yang menyumbang suara untuk video itu kerana tentang makeup kebanyakannya lebih diketahui oleh para wanita.
Pun begitu, netizen begitu penat ketawa gara-gara cukup terhibur melihatkan hasil video makeup daripada penyanyi, Iman Troye dimana Naim Daniel yang menyumbangkan suaranya.
Pastinya ramai yang sudah mengetahui kedua-dua penyanyi itu yang rapat dan tidak hairan lagi apabila melihat mereka di satu posting menerusi Instagram bersama.
Menerusi video dapat dilihat, Iman Troye menunjukkan satu persatu solekannya yang hasilnya di akhir begitu menonjolkan lagi kecantikannya.
Namun begitu, Naim Daniel yang menjadi suara latar dalam video Iman Troye itu membuatkan netizen berdekah sehingga ditonton ribuan kali meskipun tidak sampai satu hari dimuat naik.
Menjengah pula ke ruangan komen menerusi video yang dimuat naik Iman Troye di Instagram nampaknya dihujani dengan reaksi-reaksi lucu netizen terhadap kedua-dua penyanyi berkenaan.
Penat Gelak Gara2 Lucu Lihat Naim Daniel Sumbang Suara pic.twitter.com/EDZwg2Xdz7
— Adriana Qisya (@AdrianaQisya1) August 18, 2021
Klik untuk link videonya..
“Hehe comel je tutorial adik…”
“Hahahaha penat gelak…”
“Nampak kan hidung kita ni macam jambatan…”
Sumber : hcI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!