Hiburan

“PeIakon Tua Lagi Rendah Dari Gaji PeIakon Muda” JaIiI Hamid Trkedu Tengok JumIah Gaji Diberi

“Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Agaknya, kerana dia (pelakon muda) popular atau banyak pengikut?”.

Demikian luahan pelakon veteran, Jalil Hamid dalam sesi sidang media virtual sempena kehadiran drama bersiri Ayahanda, yang berlangsung hari ini.

Jalil berkata, isu bayaran rendah kepada pelakon senior adalah perkara yang paling tidak adil dan berlaku di dalam industri seni lakon tanah air.

“Perkara ini adalah satu perkara paling tak adil, yang menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir. Apa dosa mereka?

“Dia (pelakon senior) dah tua, diberikan bakat oleh Allah juga. Orang tua pun perlu makan dan minum juga.

“Bidang lakonan ini tak ada ‘pencen’. Tak ada had umur,” katanya.

Tambah Jalil, dia juga pernah berkecil hati dengan beberapa produksi yang meletakkan harga terlalu rendah ketika menawarkannya untuk berlakon.

‘Tergamak bayar saya RM150’- Jalil Hamid

“Banyak kali saya keluarkan kenyataan begini, namun komen daripada masyarakat adalah mereka fikir saya nak cari populariti, supaya orang ingat.

“Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang.

“Saya ke set penggambaran pada hari pertama, namun saya tak dapat teruskan kerja kerana saya rasa ini adalah satu penghinaan kepada saya,” katanya.

Drama bersiri Ayahanda diarahkan pengarah, Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Ia dibintangi Jalil, Ogy Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi ditayangkan di slot Lestary TV bermula semalam.

Antara komen dari netizen

“Mentang2 diorang dah tua korang yg muda jdi producer pengarah bagai nak cut cost sekalipun agak2 laa.. hargailah jasa mereka..

“Artis Hollywood dgn Bollywood mana yg veteran lagi mhl bayaran dia tp kat Malaysia mana yang kayu yg tu lagi mahal bayaran dia

“Salah penerbit jugak lah..nak sangat muka2 kayu yg berlakon,kualiti campak ke laut lah.Bila org kata kualiti drama atau filem mcm tu je melalak kata org tak tahu pasal filem atau drama..hidup lah korang dgn drama kat tv tu acah2 sewetttt

Kerana lantang, Jalil Hamid menganggur 7 bulan

Sebelum ini SIKAP berani bersuara kerana berasa terhina dengan bayaran RM1,500 sebagai watak utama dalam drama menjadi ‘hukuman’ buat pelakon berkaliber, Jalil Hamid, 61.

Sejak isu bayaran itu ditimbulkannya, Jalil terpaksa ‘menganggur’ selama tujuh bulan kerana tidak menerima tawaran berlakon.

Jalil ketika ditemui berkata, apa yang disuarakan itu adalah perkara wajar kerana tidak patut soal bayaran untuk pelakon lama dan berpengalaman sepertinya diperlekehkan.

“Walaupun isu bayaran untuk pelakon lama seperti saya sudah banyak kali disuarakan tetapi hingga kini masih tidak nampak perubahan.

“Bukan saya seorang yang bersuara tetapi ramai juga pelakon lama meluahkan perkara sama, namun situasi tetap sama. Alasannya, pelakon popular perlu dibayar mahal manakala pelakon ‘tak berapa ada’ seperti saya kena bersedia terima bayaran murah,” katanya.

Jalil berkata, antara alasan lain yang diberikan pihak penerbit ialah stesen TV membayar murah drama dihasilkan.

“Kata mereka (penerbit), harga dibayar stesen TV masih sama seperti dulu sejak drama diswastakan pada 1986. Keuntungan diperoleh kurang. Jadi bayaran tetap murah kerana mengambil kira faktor tertentu,” katanya.

Selama empat dekad bergiat aktif sebagai pelakon, Jalil sudah menerima lapan anugerah antaranya Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 1995 dan Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 1992.

Jalil tidak hanya dikenali sebagai pelakon berwatak berat, tetapi juga sinonim sebagai pelawak dan penyanyi.

Terbaru, Jalil kini menjalani penggambaran drama 24 episod berjudul Rindu Yang Terlarang lakonan Fikry Ibrahim dan Zahirah MacWilson.

Antara filem dan drama lakonan Jalil ialah Wanita Bertudung Hitam, Zombi Kampung Pisang, Bisik Pada Langit, Darling Sayang dan Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung.

Sumber : kec0hape

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *