Hiburan

“Pagi Tadi Termenung… Susu Siapa Saya Nak Bagi?” Syatilla Melvin Tawarkan Nak Jadi Ibu Susuan Ayash

BESAR tanggungjawab yang perlu dipikul pelawak Shuib Sepahtu selepas pem3rgian isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah pada Isnin lalu.

Lebih pilu apabila mengenangkan tugasnya untuk membesarkan empat orang cahaya mata yang masih kecil termasuk bayi pramatang Ayash Affan yang baru berusia 5 hari.

Ujar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, paling membimbangkan apabila memikirkan soal susu untuk bayi yang kini masih dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Namun, Shuib mendedahkan dia banyak menerima tawaran daripada rakan selebriti wanita termasuk pelakon Syatilla Melvin yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak keempatnya itu.

Shuib kini memikul tanggungjawab mengurus dan menjaga anak-anak seorang diri.

“Pagi tadi bangun tidur… termenung kejap. Terfikir kalau baby dah balik rumah, dia nak minum susu macam mana. Teringat kata-kata arwh… dia suruh saya yang jaga baby sebab tak nak bersengkang mata.

“Sebab tiga orang anak kami, dia yang banyak jaga. Masa itu terfikir kalau tak larat, dia masih ada. Tapi rupa-rupanya memang betul saya kena jaga seorang diri.

“Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata baby minum susu tepung tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas… susu siapa pula nak bagi.

“Ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada. Apabila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa… nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu,” katanya kepada mStar.

Shuib berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Siti Sarah pada Rabu malam.

Insya-Allah dalam sebulan lebih lagi, baby mungkin akan balik ke rumah.

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Majlis itu diketui oleh Fakhrul UNIC dan bacaan doa daripada pendakwah Tarmizi Abdul Rahman diikuti tazkirah oleh Shahrizan.

Ia turut disertai rakan artis seperti Zaina Zain, Hafizul Kamal, Sharnaaz Ahmad, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Achey serta bapa Sarah iaitu Raissuddin Hamzah.

Sementara itu Shuib memberitahu dia belum berpeluang bertemu Ayash Affan memandangkan keadaan di PPUKM ber1s1ko tinggi C0v1d-19.

“Sepatutnya hari ini dapat berjumpa tapi tengahari tadi pengarah PPUKM hubungi saya beritahu kata dah berbincang dengan doktor lain… keadaan di sana tidak sesuai sebab risik0 C0v1d-19 tinggi.

“Untuk lebih selamat, dia terpaksa tunda lagi. Tapi dia tetap akan cuba dapatkan gambar dan video baby. Anak-anak pun dah tanya bila dapat tengok, saya lagi la nak tengok baby.

“Alhamdulillah keadaan dia stabil dan berat dia pun dah lebih 1.8 kilogram. Cuma waktu sekarang tidak sesuai untuk ambil gambar, doktor bimbang saya akan sedih.

Shuib teringat Siti Sarah pernah memintanya untuk menjaga bayi mereka seorang diri.

“Tapi doktor akan cuba untuk ambil gambar baby. Insya-Allah dalam sebulan lebih lagi, baby mungkin akan balik ke rumah,” ujarnya.

Siti Sarah, 37, mengh3mbuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat C0v1d-19.

Allahy4rhamah menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 7 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebvmikan di Tanah Perkvbvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahy4rhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Sumber : m Star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *