“Orang dah tarik saman masih toksik dan menganjing” ramai kritik Lan Solo dan Syura, persoal ikhlas ke minta maaf?

Kes saman RM2.5 juta Siti Nordiana terhadap lima sekawan dilaporkan berakhir dengan sesi bermaafan di antara mereka selepas hampir dua tahun naik turun mahkamah.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen akaun media sosial, ramai penyokong Siti Nordiana mempersoal sama ada lima sekawan itu ikhlas meminta maaf.

Malah ada yang mendakwa Lan Solo serta isteri dan Syura menyindir selepas memuat naik video bergelak ketawa di mahkamah.

Ruangan komen hantaran Instagram Lan turut dipenuhi dengan komen-komen daripada warganet yang mengkritik tindakan mereka bertiga.

Dah bape kali perhati post sindir acah acah TERPALING bagus.. hilang minat and respect.. unfollow toxic.

     

Bukan itu sahaja, ramai yang melabel mereka bertiga kawan yang toksik serta tidak matang kerana kuat mengumpat rakan sendiri.

Dalam pada itu, sesetengah individu akui dahulu mengikuti Lan di Instagram untuk menyokong bisnesnya namun kini mereka unfollow dan ada yang sempat menasihati tiga individu tersebut untuk ubah perangai toksik masing-masing.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *