“No Photo, No Video” Puteri Sarah ditawar RM15,000 buat servis teman Datuk, tak sangka ini yang dia kena buat

Hanya menjadi peneman VIP, boleh dapat bayaran sehingga RM15,000. Itulah apa yang didedahkan, Puteri Sarah Liyana apabila seorang wanita yang menyamar sebagai pelakon, Nadia Brian menawarkan pekerjaan itu.

Menerusi laporan Xtra, Puteri Sarah menjelaskan dia dihubungi scammer itu ketika sedang melakukan penggambaran.

Pada mulanya perbualan antara mereka biasa-biasa sahaja namun bertukar menjadi curiga kerana tawaran yang mengarut itu.

Dia tanya saya boleh tak kalau kita jumpa dengan Datuk malam ini lepas habis shooting, Datuk tu datang dari JB.

Saya bingung, jumpa orang itu sebab ada tawarankah? Penerbit baharukah?

Dia siap pesan pada saya, No Photo No Video. Kita teman je minum-minum coffee dengan bayaran RM15,000.

Terus hubungi Nadia Brian

Sarah juga berkata dia menolak tawaran itu dan terus menghubungi Nadia untuk mengesahkan nombor telefon berkenaan.

Saya beritahulah pasal orang guna nombornya menyamar jadi dia.

Rasanya tempoh hari Nadia ada masukkan dalam Instagram dia.

Saya kemudian screenshot chat itu dan serahkan kepada pihak berkuasa IPD Gombak untuk buat report. Selepas mereka check nombor itu, memang sebenarnya itu nombor scammer.

Nadia Brian juga tampil menjelaskan isu ini dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia bukanlah individu itu.

Macam-macamlah orang sekarang ni. Nasib baik Puteri Sarah bijak terus laporkan dekat pihak berkuasa.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *