“Nak cari bukti tak ada siapa layan” Awal Ashaari menangis terkenang apa yang berlaku ketika di Milan

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari akui masih ralat dengan kehilangan bagasi yang berisi barangan peribadi berharga miliknya dan isteri, Scha Alyahya semasa bercuti di Milan, Itali.

Memetik laporan Harian Metro, Awal memberitahu bagasi tersebut tersimpan pelbagai barangan yang mempunyai nilai sentimental buat dirinya dan Scha antaranya cincin perkahwinan mereka.

“Ketika melancong, kami pernah kehilangan banyak barangan peribadi. Masa itu memang gigit jari. Benda itu terlalu pahit dan sakit untuk kami.

“Kerugian terlalu banyak sebab kami kehilangan barangan sentimental seperti cincin kahwin, jam sempena ulang tahun, hari jadi dan sebagainya.

“Saya dan Scha suka hadiahkan barangan seperti jam, cincin, gelang dan sebagainya bila sambutan ulang tahun perkahwinan.

“Iyalah, benda yang ada nilai sentimental, semuanya hilang. Perkara ini terjadi dua tahun lalu dan kerugiannya sangat besar tak terhingga. Kami sampai satu tahap bila pandang antara satu sama lain, boleh menangis,” katanya.

Berkongsi tentang kejadian kecurian berlaku, Awal sedang menjamu selera di sebuah kafe di Milan dimana dia mengawasi bagasi tersebut dengan teliti.

“Setiap kali melancong kami boleh usung antara lapan sehingga 10 beg. Saya pula letak semua barangan peribadi dalam satu beg.

“Beg ini hanya berada di sebelah saya ketika berada di kafe berkenaan. Saya sedang minum kopi, pandang balik tengok beg sudah tiada.

“Dia (pencuri) macam tahu kenapa beg ini sentiasa dekat dengan saya, jadi memang sasarkan beg ini,” ujarnya.

Menurut bekas pengacara Melodi ini, dia tidak boleh membuat laporan polis kerana tiada bukti dan dokumen lengkap dan dalam masa sama perlu ke acara seterusnya di Paris.

“Saya tak boleh buat laporan polis sebab tiada insurans, bukti dan sebagainya sebab nak periksa CCTV pun tiada siapa nak layan.

“Ia terjadi 10 minit sebelum kereta api terakhir dari Milan ke Paris, kalau tertinggal kami akan terlepas acara esoknya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Awal turut memberi pesanan supaya berhati-hati dan tidak membawa barangan berharga ketika bercuti ke luar negara.

“Jangan bawa barangan peribadi berharga atau jangan simpan semuanya barangan dalam satu beg… Menangis nanti,” katanya lagi.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *