“Mungkin saya nampak menakutkan tapi..” Puteri Balqis nafi bongkak, dedh alami masaalah yang teruk

Pelakon versatile, Puteri Balqis menolak dakwaan kononnya dia sombang dan bongkak disebabkan sikapnya yang sedikit menjauh daripada orang lain.

Katanya menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan, dia berkelakuan demikian disebabkan mempunyai masalah sosial anxiety  yang teruk.

“Aqish bukan… Maybe i may seem intermidating, tapi Aqish bukan orang yang bongkak.

“Dan saya sangat-sangat sayang dengan fans Aqish dengan bestie.

“Sebenarnya saya introvert, saya ada social anxiety yang sangat teruk. Jadi bila saya nampak orang tu dia jadi tak tahu nak cakap apa.

“Jadi saya minta maaf untuk sikap dan kelakuan saya yang itu,”katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet tampil mempertahankan aktres itu dan memaklumkan, hanya individu yang mengalami masalah sama sahaja yang akan mengerti tindakan berkenaan.

“Hanya introvert mengenali introvert! Bukan sombong tapi lebih selesa untuk kecilkan circle.

“Faham sangat. Sebab aku pun introvert sampai orang ingat aku ni tak pandai bermasyarakat.

“Betul ada orang macam ni, dia bukan sombong tapi dia lebih selesa dan tenang bila bersendirian.

“Aku faham sangat.Sebab aku pun macam tu.. jangankan dengan orang luar dengan family aku pun aku tak tahu nak cakap apa.Orang ingat aku sombong tapi aku lebih tenang, aman dan damai bila bersendirian.

“Life journey dia menjadikn dia who she is today. pity her. Sangat positif jalani kehidupan dia dengan mama dia,”komen netizen.

Sementara itu, terdapat dalam kalangan warganet yang menyifatkan, Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish sangat peramah setiap kali melayan peminat, malah sikapnya yang menghormati orang lain harus dipuji.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *