Semasa

Muhyiddin Dan Jemaah Menteri letak jawatan. Ini Kata2 Dari Abah Dan Titah YDP Agong Dalam Menentukan Siapa Yang Akan Jadi PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, hari ini.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini, berhubung kedudukannya sebagai ketua kerajaan.

Dalam Perutusan Khasnya, Muhyiddin berkata, beliau menghadap Al-Sultan Abdullah pada 12.30 tengah hari di Istana negara.

Belia berkata, dalam sesi menghadap itu, beliau menyerahkan warkah peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan disebabkan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Ini bermakna, saya dan seluruh Jemaah Menteri meletak jawatan. Walaupun saya pada awalnya mencadangkan keabsahan saya sebagai PM ditentu di Parlimen, namun 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepada saya dan cadangan kerjasama rentas parti ditolak pembangkang.

“Jelas, saya kehilangan majoriti dan tidak perlu lagi keabsahan saya ditentukan di Parlimen. Maka hari ini, saya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri sebagaimana perkara 43 (4) Perlembagaan Pedrsekutuan,” katanya.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya.

Beliau kemudian bergerak ke Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasminya dan tiba pada 12.23 tengah hari, sebelum meninggalkan Istana Negara pada 1 tengah hari.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Al-Sultan Abdullah pada 1 Mac 2020.

Muhyiddin bertindak sebagai PM sementara, kata Istana Negara

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertindak sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baru dilantik, kata Istana Negara.

Dalam satu kenyataan pada Isnin (16 Ogos), Istana Negara mengatakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menerima peletakan jawatan Ahli Parlimen Pagoh sebagai perdana menteri tetapi melantiknya untuk berkhidmat sebagai pengasuh sehingga menjadi perdana menteri yang baru. dinamakan.

Sumber : hm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *