Keluarga

Mengakv istri pertama dah cukup baik namun lelaki ini b0ngkar rahsia kenapa dia kahwin dua

Seorang pengguna facebook, Mohd Safuan telah memuat naik satu hantaran di facebook miliknya sebagai penghargaan kepada isteri pertamanya setelah lebih 10 tahun mendirikan rumahtangga.

Mohd safuan menceritakan kisah suka duka dia bersama dengan isteri pertamanya Aisyah.pasangan ini dikatakan mula berkenalan ketika dia meminta Aisyah menjual tshirt ketika dia baru memulakan bisnes tshirt printing.

Menurut Safuan, isterinya sudi menerimanya ketika dia tidak mempunyai apa-apa dan mereka berkahwin ketika dia masih belajar. Katanya, isterinya sanggup berhenti kerja di Kuala Lumpur untuk mengikutnya berpindah ke Perak yang ketika itu hidup dengan duit elaun belajar sahaja.

Safuan mengakui Aisyah seorang isteri yang baik dan dia juga kawan baiknya. Malah, segala perangai baik buruknya isterinya tahu.

Namun, Safuan berkata suatu hari dia menyuarakan hasrat untuk bernikah lagi. Katanya lagi, isteri mana boleh menerima namun isterinya, Aisyah menerima dan sanggup mengenepikan peraaannya demi suami.

Kata Safuan lagi, isterinya mengikutiknya berjumpa dengan calon-calon isteri kedua. Malah, isterinya juga yang berjumpa dengan bakal mertua isteri keduanya serta menemani mengambil borang di Pejabat Agama untuk kebenaran poligami.

Tidak hanya setakat itu, isterinya juga turut membantu mencari baju pengantin sehinggalah ke pelamin.

Safuan berkata meskipun isterinya tersenyum di hadapannya namun hatinya sudah pasti remuk. Ujarnya, bukan mudah untuk wanita itu menerima sehinggakan isterinya sertai kelas untuk merawat hati.

Dalam pada itu, Safuan berkata terlalu banyak pengorbanan isteri untuk dirinya dan keluarga serta berharap agar hubungan rumah tangga mereka kekal hingga ke syurga.

Perkongsian Safuan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bertanyakan mengapa dia berkahwin dua sedangkan mempunyai isteri yang cukup baik.

Safuan menjawab keperluan setiap manusia berbeza kerana ada yang cukup dengan seorang isteri dan ada yang perlu dua isteri. Ujarnya lagi, disebabkan fitrah manusia sebegitu lelaki dibenarkan berpoligami.

Sumber : Gulapop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *