Semasa

Memang saya guna 4 jin, jawab KJ kepada antlvksln

PETALING JAYA – Selepas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengatakan kerajaan akan menyus4hkan kehidupan golongan ant1vaks1n, nampaknya beliau mula ‘diser4ng’ oleh kumpulan berkenaan.

Kelmarin, golongan antiv4ks1n mula menyer4ng Khairy Jamaluddin dengan pelbagai dakwaan termasuk mengatakan menteri itu membela empat ekor jin melindungi dirinya.

Empat ekor jin yang dimaksudkan adalah gelang hitam yang dipakai oleh Khairy Jamaluddin pada tangan kiri.

Tidak menunggu lama, Khairy Jamaluddin terus menjawab t0hmahan itu melalui Instastory di media sosialnya hari ini.

“Salah, Saya guna 4 jenis jin v4ks1n untuk lindungi Malaysia, Sinovac, Pfizer, CanSino dan AstraZeneca,” tulis beliau.

 

Tangkap layar dikongsi KJ di akaun instagramnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Kementerian Kesihatan menegaskan tidak akan memudahkan kehidupan golongan antiv4ks1n sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak mengambil v4ks1n tanpa sebab.

“Jika anda tidak boleh div4ks1n kerana ada masalah kesihatan, tidak ada masalah. Anda akan diberikan pengecualian di MySejahtera tetapi jika anda memilih untuk tidak mahu divaksin, kita akan terus menyusahkan hidup anda.

“Tidak boleh makan di kedai makan, tidak boleh ke pusat beli-belah dan saya akan lakukan strategi secara menyeluruh minggu depan, di mana anda mungkin perlu membuat ujian air liur yang tidak akan dibayar oleh kerajaan,” katanya.

Sumber : Kosmo 0nline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *