Hiburan

“MeIaIak nak balik raya, kenapa?” Marah Dan Kecewa. Mungkin Itu Yang Dirasai Che Ta

Marah dan kecewa. Mungkin itu yang dirasai pelakon popular Rozita Che Wan apabila melihat ramai yang masih berdegil pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.

Kemarahan tersebut diluahkan dalam aktres berusia 48 tahun itu dalam ruangan komen beberapa hantaran Instagram Kosmo! Online.

Dalam komen tersebut, selebriti yang mesra dibahasakan Che Ta itu mempersoalkan mengapa masih terdapat segelintir orang ramai yang berdegil untuk berhari raya meskipun kes jangkitan C0VlD masih berada pada tahap membimbangkan.

Malah, menerusi komennya, pemilik nama lengkap Rozita Abu Bakar itu turut bersetuju dengan tindakan pihak berkvasa tidak membenarkan orang ramai menggunakan dokumen kebenaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merentas negeri.

“Sesuai! Kenapa gatal sangat nak merentas negeri? Kalau k3s naik nanti salahkan kerajaan!

“Anda semua melalak nak balik beraya kenapa? Macam meninggal dunia pula kalau raya di rumah masing-masing,” tulisnya geram.

Tambahnya, dia juga memohon pihak berkuasa mengeluarkan arahan agar mereka yang terlepas berpatah balik.

“Tolonglah suruh mereka patah balik. Baru sesuai muka mereka yang bergasak nak balik ke kampung sangat!” ujarnya lagi.

Pada 18 Julai lalu, Kosmo! melaporkan Ketua P0lis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

Menurutnya, dokumen kebenaran MITI untuk merentas negeri tidak dibenarkan bagi mengelak dimanipulasi untuk tujuan pulang beraya bermula 18 hingga 21 Julai ini.

Antara komen dari netizen

“Padu che ta bui… Hamikkk ko… Tp, che ta jgn buat noh….

“Betul tu gedik nak balik sangat..lps tu susahkan org lain.Kalau k3s naik nanti salahkan kerajaan!

“Asal ramai marah jgn la terasa mana yg tak melalak tu..mybe yg marah tu la yg selalu melalak cam anjirr

“Bak kata diva aaa… Mengeluporrr nak abiskan beras kat kampong..

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan.

Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.

Semalam, Che Ta memuat naik videonya mendapatkan suntikan vaksln d0s pertama. Apa yang menjadi tumpuan pelakon itu menggayakan beg mewah jenama Hermes Birkin dianggarkan bernilai hampir RM100,000.

Diruangan komen, ada pengikutnya sempat mengusik Che Ta menulis,”Amboi pergi pakai Birkin”. Komen tersebut dibalas oleh Che Ta mengatakan, “Lama tak pakai, takvt reput pula.”

Menerusi perkongsian itu, Che Ta turut bermurah hati menjamu petugas barisan hadapan dengan kek lapis pandan cheese hasil air tangannya sendiri.

Difahamkan, Che Ta mendapatkan suntikan vaksln jenis Pfi.zer di Hospital KPJ Tawakkal Kuala Lumpur.

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon terkenal yang berasal dari Alor Setar, Kedah iaitu Rozita Che Wan ataupun Che Ta, pasti tahu betapa beliau seorang yang sangat menjaga keterampilan dirinya.

Malah untuk meraikan Syawal pada tahun ini sahaja, beliau telah menyiapkan sebanyak 20 pasang baju walaupun terpaksa beraya di dalam norma baharu.

Terbaharu, Che Ta memuat naik satu hantaran di laman Instagram berkongsi aktiviti hariannya.
Apa yang menjadi perhatian adalah, Che Ta hanya keluar untuk pergi ke kedai hardware namun mengenakan solekan dan berpakaian cantik sehingga menarik perhatian pengikutnya.

Menulis ringkas di ruangan kapsyen :

“1 qeta &deb naik 2 org kan p hardware ja .. tp kami tunggu dim qeta, biaq laki ja yg tuqun … seqeyau jgk nk tuqun pun”

Lihat reaksi-reaksi pengikut Che Ta di Instagram :

Kalau pergi kedai hardware pun dah cantik macam ni, apa lagi pergi kenduri kan!

Sumber :  K!0NLINE / Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.