“Mawar Rashid padam semua gambar suami di IG,” sumber dedh rupanya ini yang berlaku padanya

Pelakon Mawar Rashid, 28, dan suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob, 38, didakwa bakal bercerai.

Menurut sumber Harian Metro, pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.

“Sepatutnya mereka ke mahkamah hari ini, tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Terbaharu, Mawar juga sudah memadam gambarnya bersama suami di Instagram.

Sebaliknya, Raf masih membiarkan gambar mereka.

Terdahulu, isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia mengambil keputusan membuka tudung.

Namun, abang Raf yang juga penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley tampil menafikan kenyataan itu dan menegaskan rumah tangga adiknya tiada masalah.

Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid melangsungkan pernikahan dengan Raf pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *