“Makin berumur, nampak tua..tapi dia..” tak sangka Nora Jawab begini lepas vdeonya tersebar

Saya terkejut bila dengar perkara itu. Saya tidak nampak diri ini semuda itu kerana anak sulung pun dah berusia 15 tahun,” kata pelakon jelita Nora Danish, 42.

Nora berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan netizen mengatakan dia dan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli nampak seperti pasangan kekasih dalam perkongsian videonya di Instagram, baru-baru ini

Nora tidak menafikan pada zaman ini ramai remaja yang nampak lebih matang dari usia mereka

Nora berkata, dia melayan dua anak lelakinya seperti kawan baiknya.

Kadang-kadang, mereka lagi cerdik daripada kita dan kita pula yang ‘disekolahkan mereka

“Walaupun saya melayan anak-anak seperti kawan baik tetapi sebagai ibu, saya tetap bersikap tegas dan pada masa sama memahami,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai cara mendidik anak, Nora berkata, kita juga tidak boleh terlalu bersikap tegas hingga ada penghalang dengan anak- anak.

Katanya, zaman sudah berubah dan semuanya hanya di hujung jari saja.

“Kadang-kadang, bila kita terlalu tegas dengan anak-anak dan letak halangan mereka tidak mahu kongsi masalah pula.

“Kita perlu buat anak-anak seperti kawan dan menjadi geng terutama dua anak saya lelaki,” katanya yang turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohamed Neqayl atau Nene, 6,

Sementara itu, ditanya rahsia dirinya yang langsing seperti anak dara dan nampak awet muda, Nora berkata, dia memang mengamalkan pengambilan Gattox iaitu suplemen untuk membantu mempercepatkan proces penurunan berat badan.

Katanya, selain amalkan pemakanan sihat, dia juga melakukan senaman seperti yoga, pilates dan sering ke gimnasium.

“Bila usia sudah mencecah 42 tahun, saya memang lebihkan jaga kesihatan. Selain itu, sentiasa fikir positif dan sama seperti tagline cerita Puteri, Kita Enjoy,” katanya.

Terdahulu, perkongsian video Nora berjalan bersama anaknya, Putra Rayqal yang dimuat naik di Instagram tular dan meraih perhatian netizen di media sosial.

Menerusi ruangan komen, ada netizen yang menganggap mereka seperti pasangan kekasih dan tidak kurang yang memuji Nora

Sumber : obulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *