“Makin berani ikut trend TTk..” ada yang kata Nabila Razali dah rosak selepas kawin, dah pandai jelir lidah dia

PERKONGSIANĀ video trend tarian yang dibuat penyanyi Nabila Razali menarik perhatian pengikut dan peminatnya di aplikasi TikTok.

Rata-ratanya terhibur dengan aksi bersahaja Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, yang dikatakan semakin kelakar dan terserlah sikap ‘gila-gila’ selepas mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan.

Menerusi perkongsian video terbaharu di aplikasi berkenaan, Nabila dilihat selamba menari dengan menggerakkan tangan mengikut trend semasa.

size NP 1 (22)

Netizen puji Nabila yang semakin kelakar selepas bergelar isteri.

“Nabila Razali rosak ke lepas kahwin, tapi muka makin berseri betul.

“Lawanya walaupun tak makeup. Makin kelakar sejak kahwin.

“Dari sebelum kahwin tahan ni. Dah kahwin boleh dah tak behave sebab dah ada yang punya,” tulis netizen.

Video dikongsi Nabila itu menerima dua juta tontonan di TikTok.

Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan, 38, sah bergelar suami isteri pada 18 November lalu di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *